MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

sambuatan Hari Raya

SEMENYIH, 12 APRIL 2026 – Majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih ini merupakan anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih, MPP Zon 21 MPKj, Pejabat Parlimen Hulu Langat dan Yayasan MBI Selangor yang telah diadakan di Dewan Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Tujuan program […]

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

image

SEMENYIH, 11 JANUARI 2026 – Tamiya Track King MPP Zon 23 telah dilaksanakan bertempat di Perkarangan Pejabat Ahli Majlis MPP Zon 23. Program bermula pada 9.00 pagi sehingga 6.30 petang dan dihadiri oleh Encik Samsol Bin Bahari, Ahli Majlis Zon 23. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 60 orang peserta yang […]

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

HULU LANGAT, 7 FEBRUARI 2026 – Seramai 35 orang peserta telah menyertai program Super Ladies Day Out yang berlangsung di The Shack, Batu 16, Hulu Langat pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan pemberian cenderamata, diikuti bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Puan Siti Nurul Aishah […]

MAJLIS PERASMIAN MASJID PRIMA SAUJANA

HULU LANGAT, 1 MAC 2026 – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Perasmian Masjid Prima Saujana dan Program Ihya’ Ramadan Daerah Hulu Langat. Majlis yang berlangsung di Masjid Prima Saujana pada jam 6.30 petang ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri […]

PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI

Program Hari Kesihatan Komuniti

BANDAR SUNGAI LONG, 11 JANUARI 2026 – Program Hari Kesihatan Komuniti telah berjaya dianjurkan bertempat di Padang Awam Jalan SL11 pada jam 8.00 pagi dengan penglibatan aktif para penduduk setempat. Program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti. Seawal pagi, para penduduk daripada Persatuan Penduduk SL10 dan SL11 […]

PROGRAM SENYUM SYAWAL: SUMBANGAN KUIH RAYA

HULU LANGAT, 14 MAC 2026 – Program Senyum Syawal: Sumbangan Kuih Raya kepada keluarga asnaf dan ibu tunggal telah berlangsung dengan jayanya di sekitar Dun Dusun Tua, Hulu Langat. Program bermula pada jam 12.30 tengah hari ini telah dilaksanakan oleh MPP Zon 1 dengan kerjasama wakil NGO bersama sukarelawan komuniti. Program dimulakan dengan kehadiran urus […]

PROGRAM KHATAM DAN TADABBUR AL-QURAN

HULU LANGAT, 7 MAC 2026 – Program Majlis Khatam Al-Quran MPP Zon 1 dengan kerjasama IKRAM Hulu Langat telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Surau Muqarrabin. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah dihadiri oleh Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 150 orang peserta. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta pada […]

PROGRAM IHYA RAMADAN SERTA PERTANDINGAN AZAN DAN HAFAZAN

HULU LANGAT, 15 MAC 2026 – Encik Nor Kamarulzaman bin Abdullahjawawi, Pengerusi Surau Madrasah Ahmadiah Diniah, Kampung Sungai Semungkis telah hadir dan merasmikan Program Ihya Ramadan serta Pertandingan Azan dan Hafazan bertempat di Surau Madrasah Ahmadiah Diniah, Kampung Sungai Semungkis. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini turut dihadiri oleh Ketua Kampung Batu 14, […]

PROGRAM DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN

HULU LANGAT, 7 FEBRUARI 2026 – Kira-kira 150 hingga 200 orang penduduk telah menghadiri Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat sempena menyambut Ramadan 1447H yang berlangsung di Dataran Komuniti Intan, persimpangan Intan 4 dan 5, Jalan Intan 5, Taman Sri Nanding. Program yang diadakan pada jam 8.00 malam (selepas Maghrib) ini telah dihadiri […]

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

HULU LANGAT, 14 Februari 2026 – Program Jelajah Sejuta Harapan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama agensi dan komuniti siri ke-2 bagi tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Komuniti, Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang ini bertujuan menghubungkan agensi-agensi berkaitan dengan komuniti setempat bagi memudahkan penyampaian maklumat dan […]