Setelah beberapa minggu sesi persekolahan ditutup akibat wabak pandemik Covid-19, akhirnya Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa sesi persekolaha akan dibuka pada 15 Julai 2022 dengan beberapa SOP yang ketat yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar. Ahli Majlis Zon 9 telah menyambut baik keputusan kerajaan ini dengan membuat satu Program Kembali Ke Sekolah Norma Baru – Besama Cegah Covid-19 dimana di dalam program ini, 25 pelajar berumur 7-12 tahun telah diberi pendedahan awal mengenai SOP dan norma baru sebelum kembali ke sekolah. Seorang Pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah dijemput bagi memberi ceramah mengenai SOP dan norma baru semasa di sekolah dan menunjukkan demonstrasi cara-cara mencuci tangan dengan sabun serta menggunakan cecair pembasmi kuman dengan betul. Ini kerana kebersihan tangan adalah salah satu cara untuk mengelakkan jangkitan virus Covid-19 ini. Semoga pelajar-pelajar di MPP Zon 9 dapat mematuhi SOP yang ditetapkan dan bersama mencegah wabak Covid-19.