Satu Program LA21 iaitu Kelas Menjahit Beg Kitar Semula telah diadakan pada 7 Mac 2020 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Bilik Seminar, Dewan Sri Cempaka. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perancang Pembangunan MPKj dan disertai oleh MPP Zon 9 dan MPP Zon 10. MPP Zon 9 telah membawa seramai 15 orang peserta. Program ini bertujuan untuk mempelajari teknik asas jahitan menjahit beg menggunakan banner terpakai.
Satu Program Kesedaran Kebersihan Dalam Taman anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rakan telah diadakan di Pusat Aktiviti KRT Taman Rakan pada 29 Februari 2020 bermula 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Program ini bertujuan untuk
memberikan kesedaran kebersihan yang perlu dijaga oleh penduduk bukan sahaja di
dalam kawasan rumah malah di kawasan luar rumah juga. Dengan ini dapat
mewujudkan budaya serta kesedaran sivik yang perlu diberi penerangan kepada
penduduk. Antara pengisian semasa program ini adalah menerangkan peranan
masyarakat tentang kebersihan, keburukan berlaku kepada taman, tindakan pihak
berwajib serta pameran mengenai penyakit denggi. Penganjur telah menjemput
Penolong Pegawai Kebersihan Dan Persekitaran, Encik Muhammad Qamarun bin Salim
dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MPKj untuk
memberikan penerangan.
Satu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020 peringkat MPP Zon 9 telah diadakan di Pusat Aktiviti Kawasan rukun tetangga (KRT) Taman Rakan pada 22 Februari 2020 bermula 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Sambutan dimulai dengan ucapan dari
ADUN Kajang, YB Hee Loy Sian kemudian penduduk dipersembahkan dengan tarian
tradisi semasa sambutan Tahun Baru Cina iaitu tarian singa. Sambutan ini juga
dihadiri oleh Ahli Majlis Zon 3, Cik Lim Kim Eng.
Satu
Sambutan Hari Kemerdekaan 2019 yang ke 62 anjuran Rukun Tetangga Taman Koperasi Cuepacs dengan kerjasama Persatuan
Penduduk Taman Koperasi Cuepacs dan Ahli Majlis Zon 9 telah diadakan pada 31
Ogos 2019 bertempat Padang Taman Koperasi Cuepacs. Program ini bermula pada jam
8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Seramai lebih kurang 150
orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs, Taman Rakan, Taman Desa Baru, Taman
Mewah Cheras dan Taman Lingkaran Nur hadir untuk memeriahkan program ini.
Antara yang hadir untuk memeriahkan
sambutan ini adalah Encik Shamsir bin Mat Dhaud, wakil dari Jabatan Perpaduan Negara Dan Integriti
Nasional, Wakil dari Pejabat Tanah Dan Daerah Hulu Langat, Wakil dari IPD Kajang,
Ahli Majlis Zon 9 dan Pengerusi-pengerusi Taman-taman sekitar.
Program ini bermatlamat untuk mengeratkan hubungan penduduk berbilang kaum dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk. Selain daripada itu, sambutan ini juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja khasnya.
Satu
Program One Day Bakery Class anjuran COMBI Taman Koperasi Cuepacs di telah
diadakan di Balai Raya Taman Koperasi Cuepcas pada 16 Jun 2019 bermula jam 8.00
pagi hingga 4.30 petang .Program ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Zon 9, En.
Raman A/L Elangovan.
Seramai 50 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Rakan terutamanya kaum wanita telah mendaftar untuk menyertai kelas ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi ilmu kepada peserta mengenai pembuatan kek dan biskut dengan menunjukkan cara-cara yang betul.
Satu Kursus Community Behavior Impact atau COMBI telah diadakan pada pada 5 Mei 2019 bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari .Program ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Zon 9, En. Raman A/L Elangovan.
Seramai 60 orang peserta terutamanya penduduk di sekitar Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Mewah Cheras di bawah MPP Zon 9 hadir untuk memberikan kotmitmen dan kerjasama. Kursus ini anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan COMBI Taman Koperasi Cuepacs.
Tujuan kursus ini diadakan adalah
untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan pembentukan komuniti dalam
membasmi gejala penyakit umum dalam kalangan penduduk dan cara untuk
berkomunikasi dengan berhemah antara satu sama lain dalam memerangi wabak
penyakit yang semakin berleluasa iaitu dengggi.
Satu Kejohanan Bola Sepak Belia 2019 anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 9 telah diadakan di Stadium Kajang pada 28 April 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang . Ahli Majlis menghadiri program ini pada jam 12.00 tengah hari bersama YB ADUN Kajang, YB Hee Loy Sian.
Kejohanan ini
adalah penglibatan bersama PeBT Zon 10 dan Zon 15. Program ini bertujuan untuk
memberi peluang kepada belia yang ingin meluaskan bakat bermain bola sepak.
Satu Mesyuarat Luar Biasa JMB Flat Taman Rakan Dan Majlis Kesyukuran Menyambut Ramadan telah diadakan di perkarangan gelanggang badminton Flat Taman Rakan pada 28 April 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari . Ahli Majlis menghadiri mesyuarat ini pada jam 11.00 pagi.
Mesyuarat Luar Biasa kali ini bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai perjalanan JMB dari November 2018 hingga April 2019. Selain itu, semasa mesyuarat ini Ahli Jawatankuasa membangkitkan isu menggunakan petak parkir secara individu dan juga cadangan untuk meletakkan lampu jalan di sekitar kawasan flat.
Selepas mesyuarat selesai, satu jamuan makan diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang akan tiba.
Satu
Program Tindakan Kecemasan Bersama (ER Drill) dianjurkan oleh Balai Bomba Dan
Penyelamat Kajang telah diadakan di Balai Raya Taman Koperasi Cuepacs pada 28
April 2019 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini dijalankan
sepenuhnya oleh pihak bomba.
Seramai 80 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs telah hadir untuk melaksanakan kempen ini yang bertujuan untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada penduduk tentang punca kebakaran dan cara untuk menyelamatkan diri. Penduduk juga diberi peluang untuk membuat praktikal cara memadam api menggunakan “liquid powder” dengan dengan diawasi sepenuhnya oleh pegawai bomba.
Satu
program Gotong-Royong Perdana Cegah Denggi Taman Koperasi Cuepacs 2019 anjuran Persatuan Penduduk Taman Koperasi
Cuepacs dengan kerjasama COMBI Taman Koperasi Cuepacs, Ahli Majlis Zon 9,
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, RELA, Rukun Tetangga dan Balai Bomba Dan
Penyelamat Kajang diadakan di Balai Raya Taman Koperasi Cuepcas pada 21 April
2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari . Program ini telah
dirasmikan oleh YB ADUN Kajang, YB Hee Loy Sian.
Seramai 150 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs hadir untuk memberikan kotmitmen. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes serta membersihkan sekitar kawasan kediaman mereka. Terdapat pengisian yang berguna semasa program ini iaitu pertandingan mengumpul sampah yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk serta pertandingan mencari jentik-jentik. Tempat pertama yang memenangi pertandingan mencari sampah adalah sebanyak 320 bekas manakala tempat pertama yang memenangi pertandingan mencari jentik-jentik adalah sebanyak 120 ekor.