Program Gotong-Royong Perdana Flat Taman Cheras Permai

Pada Ahad,23 Julai 2023, satu Program Gotong-Royong Perdana Flat Taman Cheras Permai telah diadakan bertempat di Flat Taman Cheras Permai.

Program yang bermula pada seawal 8.30 pagi ini berfokus kepada pembersihan seluruh kawasan flat ini kerana flat ini tidak mempunyai JMB (Joint Management Body) lalu menyebabkan tiada penyelenggaraan. Situasi ini telah menyebabkan keadaan persekitaran flat ini tidak terurus,penuh dengan sampah sarap dan semak samun.

Oleh itu, Ahli Majlis Zon 2 MPKj,Encik Farhan Haziq bin Mohamed mengambil insiatif ini  bekerjasama dengan pekerja KDEB di kawasan ini untuk turun bersama-sama membersihkan kawasan flat ini.

Menariknya,program ini telah mendapat sokongan menyeluruh daripada penduduk-penduduk di  sini tidak kira lapisan umur dan juga bangsa. Rata-rata yang hadir berpendapat bahawa semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan persekitaran flat ini tidak lagi dipenuhi sampah sarap dan semua penghuni di sini dapat memastikan kebersihan di sini terjaga.

Secara keseluruhannya,program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Sekurang-kurangnya ia mencetuskan kesedaran kepada para penghuni di sini bahawa mereka perlu kerap mengadakan gotong-royong dengan lebih kerap bagi menjaga kebersihan di kawasan tempat tinggal mereka.