Kejohanan Badminton MPP Zon 9

Sempena Hari Sukan Negara 2022 yang disambut pada 8 Oktober 2022 di peringkat kebangsaan, Ahli Majlis juga tidak ketinggalan untuk menyokong acara ini di peringkat MPP. Pada tahun ini, satu Kejohanan Badminton MPP Zon 9, MPKj 2022 telah diadakan pada 9 Oktober 2022 di Sg Long Sport Complex bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6 petang.

Cadangan yang dikemukan kepada semua wakil penduduk dibawah MPP Zon 9 adalah setiap taman, flat, apartment atau KRT menghantar satu pasukan badminton untuk dijadikan sebanyak 20 pasukan namun hanya 12 pasukan yang menghantar wakil masing-masing. Walau bagaimanapun, kejohanan tetap berlangsung dengan jayanya. Format kejohanan yang dijalankan adalah secara liga berkumpulan dimana terdapat 8 kumpulan dan setiap kumpulan terdapat 3 pasukan. Setiap pasukan akan berlawan antara satu sama lain untuk mendapatkan mata tertinggi bagi layak masuk ke suku akhir. Tahniah kepada Taman Bukit Suria 2, Taman Cheras Idaman, Taman Kasih dan Taman Desa Baru yang memenangi 4 tempat teratas.