Program Gotong-Royong Taman Sri Raya dan Flat Taman Prima Suria

Pada Sabtu,21 Oktober 2023, satu Program Gotong-Royong Taman Sri Raya dan Flat Prima Suria telah diadakan di Taman Sri Raya dan Flat Taman Prima Suria. Program yang julung kali diadakan ini merupakan inisiatif Ahli Majlis Zon 2 MPKj,Encik Farhan Haziq bin Mohamed dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Sri Raya.

Program gotong-royong ini berfokuskan pada dua kawasan iaitu kawasan taman dan kawasan flat. Memandangkan Flat Taman Prima Suria ini tidak mempunyai JMB,oleh itu pihak persatuan taman mengambil tanggungjawab untuk mengadakan gotong-royong bersama-sama flat ini bagi membersihkan kawasan sekitar flat.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 memfokuskan kepada membersihkan sampah haram dan bertimbun yang menjadi faktor utama masalah sampah di Flat Taman Prima Suria. Manakala,Kumpulan 2 pula memfokuskan pembersihan kawasan sekitar taman.

Menariknya,program ini mendapat sokongan yang amat jitu daripada penduduk taman dan juga flat ini sendiri iaitu kira-kira 150 orang termasuk kanak-kanak turun hadir untuk mengglembang tenaga bergotong-royong. Disebabkan faktor inilah program ini berakhir pada jam 2.00 petang disebabkan semangat yang ditunjukkan oleh para penduduk di sini.

Secara keseluruhannya,program ini berlangsung dengan jayanya hasil daripada kerjasama daripada penduduk tempat ini sendiri.