Program Zumba Komuniti MPP Zon 2

Program Zumba Komuniti MPP Zon 2 diteruskan lagi oleh Ahli Majlis Zon 2 MPKj,Encik Farhan Haziq bin Mohamed bertempat di Dewan Pusat Komuniti Suntex pada 1,4,8,11,15,18,22,25,29 November 2022. Program ini diadakan setiap hari Selasa dan Jumaat bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Tujuan program ini diadakan bertujuan untuk memupuk amalan hidup sihat di kalangan komuniti dengan sentiasa melakukan aktiviti sihat. Oleh itu,pendekatan ini diambil supaya komuniti di dalam Zon 2 khususnya dapat beriadah.

Program Bantuan Makanan Asas Covid-19 MPP Zon 2

28 Mac 2021

Pada 28 Mac 2021, Ahad, Program Bantuan Makanan Asas Covid-19 MPP Zon 2 diteruskan lagi dengan memberikan bantuan kepada dua flat kos rendah yang terdiri daripada majoriti bangsa Cina dan India iaitu di Flat RPR Taman Kemacahaya dan juga majoriti bangsa Melayu di Flat RPM Taman Kemacahaya. Kedua-dua tempat ini dipilih setelah melihat keperluan penduduk yang sangat memerlukan di dalam kawasan Zon 2 ini.

Sumbangan barangan keperluan asas kepada para penduduk di kedua-dua flat ini telah disampaikan sendiri oleh Ahli Majlis Zon 2 Majlis Perbandaran Kajang(MPKj),Encik Farhan Haziq bin Mohamed. Diharapkan dengan sumbangan ini,dapat meringankan bebanan penduduk di sini yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Program Gotong-Royong Pembersihan Pangsapuri Impiana

28 Mac 2021

Pada Ahad,28 Mac 2021, satu Program Gotong – Royong Pembersihan Pangsapuri Impiana telah diadakan di perkarangan Pangsapuri Impiana.

Turut hadir di dalam program ini ialah Encik Farhan Haziq bin Mohamed,Ahli Majlis Zon 2 MPKj dan juga beberapa ahli COMBI Hulu Langat.

Program yang bermula pada seawal 8 pagi ini berfokus kepada pembersihan sekitar kawasan pangsapuri ini dan juga pembuangan sampah pukal yang menyebabkan nyamuk bertakung sekiranya hujan.

Program Gotong-Royong Pembersihan Taman Sunway Cheras

28 Mac 2021

Pada Ahad,28 Mac 2021, Ahli Majlis Zon 2 MPKj dengan kerjasama Persatuan Penduduk Sunway Cheras telah menganjurkan satu Program Gotong-Royong Pembersihan Taman Sunway Cheras bertempat di Taman Sunway Cheras.

Program gotong – royong yang bermula seawal 8.30 pagi ini diadakan adalah bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar dan juga kolam rekreasi yang terdapat di dalam taman ini.

Menurut Encik Farhan Haziq bin Mohamed selaku Ahli Majlis Zon 2 MPKj, walaupun negara kita masih dilanda pandemik Covid-19, namun perkara tersebut tidak menghalang penduduk di sini daripada sama-sama keluar membersihkan kawasan tempat tinggal mereka sambil mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sikap ambil peduli terhadap kawasan sekitar mereka ini perlu dicontohi oleh semua masyarakat yang ada di dalam Zon 2 khususnya. Secara keseluruhannya,program ini telah berjaya.

Program ‘Line Dance’ MPP Zon 2

26 & 30 Mac 2021

Program ‘Line Dance’ MPP Zon 2 telah dianjurkan oleh Ahli Majlis Zon 2 MPKj,Encik Farhan Haziq bin Mohamed bertempat di Dewan Komuniti Suntex pada 26/3/2021 dan 30/3/2021.

Tujuan program ini diadakan bertujuan untuk memupuk amalan hidup sihat di kalangan komuniti dengan sentiasa melakukan riadah walaupun dalam keadaan pandemik yang menyebabkan masyarakat tidak dapat beriadah di luar.

Oleh itu,pendekatan ini diambil supaya komuniti di dalam Zon 2 khususnya dapat beriadah tetapi tetap mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Rata-rata peserta terutamanya warga emas memberikan maklum balas yang baik dan berharap agar program program kebudayaan dan sukan seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

Operasi Pembersihan Bersepadu Majlis Perbandaran Kajang(MPKj)

4 Mac 2021

Operasi Pembersihan Bersepadu Majlis Perbandaran Kajang(MPKj) telah diadakan pada 4 Mac 2021 bermula jam 9 pagi. Operasi ini melibatkan kawasan perindustrian Taman Alam Jaya dan Taman Emas yang terletak di bawah Zon 2 MPKj.

Antara jabatan-jabatan di dalam MPKj yang terlibat adalah Jabatan Kawalan Bangunan,Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan,Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama KDEB Waste Management dengan penglibatan kira-kira anggota 100 orang.

Menurut Ahli Majlis Zon 2 MPKj,En Farhan Haziq bin Mohamed,tujuan operasi ini diadakan adalah untuk membersihkan longkang-longkang yang tersumbat dengan sampah sarap tersumbat sehingga menyebabkan air tidak mengalir sekaligus menimbulkan bau busuk serta operasi merobohkan binaan haram di hadapan kedai-kedai di sekitar kawasan perindustrian ini.

Operasi ini adalah merupakan salah satu daripada usaha untuk menjadikan kawasan perindustrian di Taman Alam Jaya dan Taman Emas ini sebagai satu tempat yang bersih,selamat dan mesra pengguna.

Kursus Asas COMBI dan Penubuhan Pasukan COMBI Taman Kota Cheras Fasa 3

21 Mac 2021

Program Kursus Asas COMBI dan Penubuhan Pasukan COMBI Taman Kota Cheras Fasa 3 telah diadakan pada 21 Mac 2021, Ahad di Taman Kota Cheras Fasa 3. Kursus ini yang bermula pada pukul 9.30 pagi telah dirasmikan olehAhli Majlis Zon 2 Majlis Perbandaran Kajang(MPKj),Encik Farhan Haziq bin Mohamed.

Kursus ini telah disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat iaitu Puan Roselina binti Mokhtar,Pegawai Pendidikan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan juga Puan Safaras binti Zakaria,Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Hulu Langat.

Kursus ini telah dihadiri oleh sebanyak 30 orang peserta yang terdiri daripada penduduk di Taman Kota Cheras Fasa 3 ini. Diharapkan dengan penubuhan pasukan COMBI di dalam taman ini,tiada kes denggi dilaporkan dan kebersihan kawasan sekitar dapat dijaga.

Program Bantuan Makanan Asas Covid-19 MPP Zon 2

27 Februari 2021

Prihatin dengan mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat Covid-19, Ahli Majlis Zon 2 Majlis Perbandaran Kajang(MPKj),Encik Farhan Haziq bin Mohamed mengambil inisiatif menyumbangkan barangan keperluan asas kepada para penduduk di dalam Zon 2 ini.

Sumbangan yang disalurkan dibawah Program Bantuan Makanan Asas Covid-19 MPP Zon 2 ini memberi tumpuan kepada isi rumah yang terjejas teruk di rumah pangsa kos rendah akibat pandemik Covid-19 terutamanya sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) berkuatkuasa pada 13 Januari lalu.

Walaupun tidak banyak dan masih kurang,semoga sedikit sumbangan yang disampaikan kepada penduduk di kawasan ini dapat meringankan bebanan yang terpaksa mereka tanggung.