Program Bacaan Yasin dan Tahlil

Program Bacaan Yasin dan Tahlil

Ahli Majlis Zon 14 bersama Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor dan Pertubuhan Dedikasi Wanita Ideal

Satu program iaitu Program Bacaan Yasin dan Tahlil telah dilaksanakan pada 31 Mac 2022 bermula dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam yang bertempat di Pejabat Ahli Majlis Zon 14.

Program yang diadakan secara fizikal ini telah melibatkan peserta di kalangan wanita-wanita daripada MPP Zon 14. Bacaan Yasin ini telah dibimbing oleh Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor yang dijemput bagi menjayakan program bacaan Yaasin dan Tahlil serta memberi peluang kepada tetamu jemputan untuk mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan. Setelah selesai bacaan Yasin, diteruskan pula dengan bacaan tahlil. Setelah selesainya program, pemberian cenderamata kepada Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor dan juga peserta telah disampaikan. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membuka tirai sempena akan datangnya bulan Ramadhan beberapa hari sahaja lagi dan bagi mengingati buat mereka yang telah tiada bersama kami.

Program Skuad Antidadah Daerah Hulu Langat ”Skateboard Games”

Program Skuad Antidadah Daerah Hulu Langat ”Skateboard Games”

Gambar 1

Satu program iaitu Program Skuad Antidadah Daerah Hulu Langat ”Skateboard Games” anjuran Pejabat Ahli Majlis dengan kerjasama Skuad Antidadah Daerah Hulu Langat dan Team Selangor telah dilaksanakan pada 19 Mac 2022 bermula pada jam 1.30 tengah hari hingga 6.00 petang yang bertempat di Skatepark Sungai Kantan.

Program ini dijalankan secara fizikal di mana ianya adalah bagi menyedarkan belia mengenai kepentingan Program SKUAD Antidadah ke arah mencapai sasaran untuk menjadikan belia setempat bebas dadah. Belia juga perlu mengetahui bahaya dan kesan dadah terhadap diri, pekerjaan dan impak terhadap keluarga serta jiran tetangga sekiranya terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Hal ini juga untuk mendidik keluarga dan masyarakat mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah.

Justeru itu, golongan belia perlulah berganding bahu dan meletakkan tanggungjawab memerangi isu pelencongan sosial dilaksanakan bersamasama agar tidak meletakkan permasalahan ini dibahu kerajaan semata-mata. Ini kerana pencegahan awal perlu dimulakan di peringkat masyarakat dan komuniti dalam mengerakkan aktiviti-aktiviti kesedaran serta berupaya menghidari berlakunya masalah pelencongan sosial dadah, jenayah dalam masyarakat khususnya golongan belia dapat diatasi.

Program Fit Fiesta 2022

Program Fit Fiesta 2022

Satu Program Fit Fiesta 2022 telah dilaksanakan pada 13 Mac 2022. Program tersebut bermula pada jam 3.00 petang sehinga 6.00 petang yang bertempat di Pusat Komuniti Kg. Sg. Kantan, Kajang.

            Program ini dijalankan secara fizikal di mana ianya adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan kesihatan dari segi fizikal, mental dan pemakanan diet seimbang. Selain itu, program ini juga membimbing peserta yang hadir cara-cara senaman ringan dan mudah dilakukan dirumah ketika bersendirian dengan teknik yang betul. Menu diet seimbang juga dikongsi bersama supaya mendapat bentuk badan dan berat badan yang ideal bagi setiap individu yang menginginkan bentuk tubuh yang lagsing dan sihat.

 

Klinik Asas Bola Sepak

Klinik Asas Bola Sepak

Ahli Majlis Zon 14 bersam-sama dengan jurulatih dan peserta Klinik Asas Bola Sepak

Satu program Klinik Asas Bola Sepak  telah dilaksanakan pada 12 Februari 2022 yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Padang Awam MPKj.

Program ini dijalankan secara fizikal di mana ianya adalah untuk memberikan pendedahan kemahiran bola sepak secara sistematik dan betul kepada peserta. Ianya juga adalah untuk menanamkan minat terhadap bola sepak dalam kalangan peserta dan masyarakat. Seterusnya, program ini juga dilaksanakan untuk mendedahkan peserta tentang undang-undang dan kemahiran bola sepak. Dua sesi telah dijalankan dimana sesi pertama adalah bagi golongan yang berumur 9 hingga 12 tahun dan sesi kedua bagi mereka yang berumur 13 hingga 17 tahun. Jurulatih daripada Persatuan Bola Sepak Selangor turut dijemput untuk membantu peserta-peserta dalam mempelajari aktiviti sukan bola sepak ini. Wakil-wakil daripada Team Selangor hadir membantu dalam menjayakan program ini.

Kejohanan Bowling Dewi

Kejohanan Bowling Dewi

Ahli Majlis Zon 14 bersama Pengerusi Pertubuhan DEWI, Ketua Kampung Bukit Dukong dan Ketua Kampung Bukit Kepong merasmikan program Kejohanan Bowling Dewi

Satu program Kejohanan Bowling Dewi telah dilaksanakan pada 05 Februari 2022 yang bermula pada jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang bertempat di Ampang Superbowl @ Kajang Metro Point Complex

Program ini dijalankan secara fizikal di mana ianya adalah untuk mewujudkan penduduk yang aktif dan produktif dengan melibatkan diri di dalam aktiviti yang bermanfaat.  Selain itu, program ini adalah untuk mencungkil bakat mereka dalam aktiviti bersukan. Tujuan program ini juga adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk Zon 14 dengan wakil-wakil penduduk yang lain dimana MPKK daripada Bukit Dukong dan Bukit Kepong turut serta dalam program ini. Ahli Majlis juga turut hadir untuk menyertai kejohanan bowling ini bersama-sama dengan Ketua Kampung Bukit Dukong, Puan Suziana dan Ketua Kampung Bukit Kepong Puan Rogiah. Setelah selesainya pertandingan, Ahli Majlis dan Ketua Kampung menyampaikan hadiah kepada para pemenang.  Wakil-wakil daripada Pertubuhan DEWI turut membantu dalam pelaksanaan program ini. Diharapkan program sebegini boleh dijalankan lagi pada masa akan datang.

Kempen Kumpul Minyak Masak Terpakai

Kempen Kumpul Minyak Masak Terpakai
Puan Fizura Hanim Binti Omar, Ahli Majlis Zon 14, Majlis Perbandaran Kajang, menuang minyak masak terpakai ke dalam tong minyak untuk dikitar semula.

Satu program Kempen Kumpul Minyak Masak Terpakai telah dilaksanakan pada 08 Januari 2022 bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari yang bertempat di Taman Belia, Sungai Kantan

Program ini dijalankan secara fizikal di mana ianya adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa dengan cara membuang minyak masak terpakai dengan betul, pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan. Selain itu, terdapat beberapa pertandingan yang dijalankan serentak pada hari yang sama. Antara pertandingan yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, pertandingan meneka berat buah dan juga pertandingan meneka bilangan gula-gula dalam balang. Seterusnya, Ahli Majlis hadir untuk merasmikan kempen ini dan memberi botol kepada pengunjung. Ahli Majlis juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang.  Wakil-wakil daripada Carboot Sales dan juga Pertubuhan DEWI turut membantu dalam pelaksanaan program ini. Program ini telah mengikut SOP yang ditetapkan seperti penjarakkan fizikal 1 meter, memakai pelitup muka serta mengimbas suhu dan aplikasi MySejahtera. Diharapkan program sebegini boleh dijalankan lagi pada masa akan datang.

Program Bakul Makanan Covid-19 MPP Zon 14 MPKj

Pada 14hb Mac 2021, telah berlangsungnya Program Bakul Makanan Covid-19 MPP Zon 14 MPKj yang telah diadakan di Pusat Komuniti Sungai Kantan, Kajang yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Kehadiran penerima sumbangan adalah seramai 50 orang. Ahli Majlis Puan Fizura Hanim telah hadir menyampaikan sumbangan ini

Program Bakul Makanan Covid-19 MPP Zon 14 MPKj

Pada 14hb Mac 2021, telah berlangsungnya Program Bakul Makanan Covid-19 MPP Zon 14 MPKj yang telah diadakan di Pusat Komuniti Sungai Kantan, Kajang yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Kehadiran penerima sumbangan adalah seramai 50 orang. Ahli Majlis Puan Fizura Hanim telah hadir menyampaikan sumbangan ini