PROGRAM ASPRESIASI MPP ZON 17 MPKj & SUKARELAWAN AWANQASEH BANGI

Pejabat Ahli Majlis Zon 17 telah menganjurkan Program Aspresiasi MPP Zon 17 MPKj & Sukarelawan AwanQaseh Bangi pada 3 Disember 2022 bertempat di Restoran Al Diafah, Bandar Baru Bangi. Ia juga merupakan salah satu aktiviti tahunan khusus untuk mengiktiraf, menghargai pencapaian dan penglibatan para Ahli Jawatankuasa Majlis Persatuan Penduduk (MPP) serta skuad sukarewalan yang telah banyak menyumbang jasa dan keringat bakti sepanjang tahun 2022.  Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan antara satu sama lain.

Program ini dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Puan Rozeeta Binti Ramli selaku Ahli Majlis Zon 17. Beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi komitmen dalam menjayakan program-program yang  dianjurkan oleh Ahli Majlis Zon 17.

Ahli Majlis 16 & 18 juga turut memberi ucapan ringkas.  Ucapan penutup oleh YB Tuan Haji Mazwan Bin Johar yang menyeru agar kerjasama yang terjalin dapat diteruskan dan dipereratkan pada masa akan datang. Seramai 40 orang yang hadir termasuk staf Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg. Ramal dan majlis ini berakhir kira-kira jam 2.00 petang.

Turut hadir memeriahkan majlis ini dengan kehadiran YB Parlimen Bangi iaitu YB Syahredzan Bin Johan serta isterinya. Seramai 40 orang yang hadir termasuk staf Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg. Ramal dan majlis ini berakhir kira-kira jam 2.00 petang.

PROGRAM FOOD BASKET 2

Ahli Majlis MPP Zon 17 telah berbesar hati mengagihkan makanan keperluan asas seperti beras, susu pekat, tepung, gula, kicap, sardin, minyak masak dan lain-lain lagi kepada penerima dari Seksyen 2, Seksyen 3 dan sekitar. Program seumpama ini diadakan untuk menyalurkan bantuan makanan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan khususnya kepada keluarga dari kelompok B40 yang memerlukan dan pada masa yang sama membantu meringankan bebanan kos sara hidup ekoran Covid -19. Turut hadir menyampaikan pek barangan asas adalah mantan AM, Dr. Tajul Ariffin Bin Nordin & juga mantan YDP Persatuan Penduduk BBB.

PROGRAM EDARAN HAND SANITISER & FACE MASK

Program edaran kid kesihatan berbentuk hand hanitiser dan face mask telah berlangsung di Bangi Gateway merupakan kempen menerapkan budaya normal baharu dan kawalan kendiri dalam kalangan penduduk Bandar Baru Bangi bagi mengekang penularan wabak itu  dengan mematuhi garis panduan seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini juga turut disempurnakan oleh YB Hj. Mazwan Johar, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal yang diiringi oleh Pengurus Bahagian, Pn. Kartini Suriawati Mohamad dan Pegawai Khidmat Pelanggan, Pn. Haslinda Abd Ghani.  Ahli Majlis Zon 17 telah mengagihkan 200 kit kesihatan kepada pengunjung-pengunjung dan peniaga-peniaga Bangi Gateway dan di sekitarnya

Program Bakul Ramadhan

Program Bakul Ramadhan Mpp Zon 17 telah berlangsung pada 30 Mei 2019 bertempat di Perkarangan Pejabat Ahli Majlis Zon 17,  Seksyen 7 Bandar Baru Bangi . Program ini bermula pada pukul 3 petang dengan pendaftaran daripada penerima Program Bakul Ramadhan dan ucapan aluan daripada Ahli Majlis Zon 17. Seramai 130 orang penerima yang terdiri daripada asnaf/ fakir miskin dan anak-anak yatim. Program ini  berakhir pada pukul 5.30 petang.