Program Gotong-Royong Cegah Denggi Flat Taman Alam Jaya

Pada Ahad,3 September 2023, satu Program Gotong-Royong Cegah Denggi Flat Taman Alam Jaya telah diadakan di Flat Taman Alam Jaya. Program ini merupakan satu inisiatif Ahli Majlis Zon 2 MPKj,Encik Farhan Haziq bin Mohamed dengan kerjasama JMB Flat Taman Alam Jaya dan juga COMBI Hulu Langat untuk mencegah denggi di kawasan tempat tinggal penduduk ini memandangkan kawasan ini telah menjadi hotspot untuk beberapa minggu.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini berfokus kepada pencarian tempat-tempat yang menjadi punca pembiakan nyamuk aedes di seluruh kawasan di kawasan flat ini dan juga membersihkan sampah haram dan bertimbun yang turut menjadi salah satu punca pembiakan nyamuk aedes.

Menariknya,program ini mendapat sokongan yang amat jitu daripada penduduk flat ini sendiri iaitu kira-kira 150 orang turun hadir untuk mengglembang tenaga bergotong-royong. Oleh sebab itu,program ini dapat berakhir lebih awal daripada dijadualkan disebabkan faktor bekerjasama yang amat padu diterima daripada penduduk di sini memandangkan flat ini majoriti yang mendiaminya adalah warganegara Myanmar.

Secara keseluruhannya,program yang tamat pada jam 11.00 pagi ini berlangsung dengan jayanya hasil daripada kerjasama daripada penduduk tempat ini sendiri. Diharapkan pada masa akan datang,penduduk di sini dapat mengubah sikap dan mengamalkan sikap bekerjasama di antara satu sama lain demi memerangi denggi ini.