Program Read-Write-Count (RCW) – Bengkel Menguasai Kemahiran 3M: Menulis,Membaca,Mengira Siri 2 2023

Satu program berbentuk pendidikan iaitu Program Read-Write-Count (RCW) – Bengkel Menguasai Kemahiran 3M: Menulis,Membaca,Mengira Siri 2 2023 telah diadakan pada 27 Ogos 2023 bertempat di Dewan Pusat Komuniti Suntex.

Program ini adalah  kesinambungan daripada Siri 1 yang telah diadakan pada 15 Julai 2023 yang lepas. Topik siri kali ini adalah para pelajar yang menyertai program ini telah diajar untuk mengira darab dan bahagi dengan menggunakan kaedah yang mudah dan pantas. Mereka ini diberi latihan secara langsung dan mereka ini juga dibimbing oleh cikgu-cikgu terlatih daripada Hifaa Learning Center yang bertanggungjawab dalam pengisian modul program ini.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan sambutan yang sangat menggalakkan sehinggakan Ahli Majlis Zon 2 MPKj,Encik Farhan Haziq bin Mohamed mengambil keputusan untuk menambah slot penyertaan.

Pada akhir slot,kesemua pelajar diberikan sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh Encik Farhan. Rata-rata ibu bapa yang hadir berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih banyak bagi memberi peluang kepada anak-anak pelajar ini mendapat bimbingan dalam pembelajaran mereka.