Majlis Pengedaran Bantuan Bakul Makanan Fasa 1 3 Mac 2021
Pada 3 Mac 2021, Pejabat Ahli Majlis Zon 8 bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bangi telah mengedarkan bantuan bakul makanan untuk penerima kawasan Balakong. Turut hadir Adun Balakong, YB Wong dan Ahli Majlis, dan Ahli Parlimen Bangi, YB Dr. Ong Kian Ming untuk majlis ini. Pemberian sedikit bantuan ini dapat meringankan beban kehidupan seharian mereka yang amat memerlukan bantuan ini terutamanya pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor. Selesai sudah penyerahan Bantuan Bakul Makanan Fasa 1.