Pada 25 September 2022, Ahli Majlis Zon 9 telah menganjurkan satu Kursus Asas Pembuatan Coklat Buatan Tangan bertempat di Balai Raya Taman Koperasi Cuepas bermula jam 8.00 pagi hinggan jam 3.00 petang. Seramai 40 peserta telah mendaftar untuk mengikuti kursus ini.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kebaikan dan kelebihan coklat buatan tangan disamping boleh menjana pendapatan dan membuka peluang perniagaan kepada peserta. Peserta telah diajar cara-cara resepi campuran coklat asas untuk dijadikan coklat dengan rasa yang sedap. Antara resepi coklat yang dipelajari adalah coklat praline, coklat praline berinti, coklat bar, coklat lolichoc, coklat oreo dan coklat kotak. Ahli Majlis menjemput Puan Norhasyimah binti Daud, pengasas Coklat Qeelchoco dari Perumahan Awam Seri Perlis 2, Kuala Lumpur untuk menjadi tenaga pengajar kepada peserta kursus ini.