Program Edaran Biskut Sempena Tahun Baru Cina telah diadakan oleh Ahli Majlis Zon 2, Encik Farhan Haziq bin Mohamed bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Cina yang akan menjelang. Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan program edaran ini adalah Pasar Pagi Taman Alam Jaya,Pasar Pagi Taman Segar Perdana dan Pasar Suntex.
Lokasi ini dipilih kerana majoriti di kawasan ini mempunyai komuniti yang terdiri daripada kaum Cina. Program ini dilihat sebagai satu cara untuk meraikan bersama-sama persediaan untuk menyambut Tahun Baru Cina sekaligus dapat mewujudkan semangat muhibah di kalangan masyarakat yang ada di sini.
Semoga Tahun Arnab ini membawa kemakmuran dan kemajuan negara tercinta,Malaysia.