Program Hebahan Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dan Hari Malaysia 2023 merupakan program hebahan berbentuk ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kali ke-66 pada 31 Ogos 2023 dan juga Hari Malaysia kali ke-60 bagi tahun 2023 melalui pemasangan banner daripada Ahli Majlis Zon 2 Majlis Perbandaran Kajang(MPKj),Encik Farhan Haziq bin Mohamed kepada penduduk Zon 2.
Hebahan tersebut telah dipasang di beberapa tempat di dalam Zon 2 iaitu di Persiaran Awana,Taman Segar Perdana, Taman Cuepacs,Taman Sunway Cheras dan Taman Orkid.
Pemasangan banner ucapan ini sedikit sebanyak dapat mengingatkan kita terhadap peristiwa yang bersejarah di dalam Malaysia sekaligus dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan Negara,Bumi Malaysia yang bertuah ini.