Selain wabak Covid-19, wabak demam denggi di Kajang juga menjadi perhatian kerana terdapat beberapa kes yang melibatkan kematian dan beratus-ratus kes demam dengi telah direkodkan. Ini bermaksud wabak demam denggi juga tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Penduduk di bawah MPP zon 9 amat menitik berat soal kesihatan salah satunya wabak demam yang boleh membawa maut ini. Oleh itu, beberapa gotong-royong telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021 bagi membendung wabak ini selain dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk, Ahli Majlis juga dapat beramah mesra dan mengambil maklum akan permasalahan penduduk di sesebuah kawasan yang telah menjalankan gotong-royong. Bersama kita mencegah tempat pembiakan nyamuk aedes dan Corona Virus.
Gotong-royong di Taman Koperasi Cuepacs pada 11 April 2021Gotong-royong di Taman Koperasi Cuepacs pada 11 April 2021Gotong-royong di SL13 pada 20 November 2021Gotong-royong di SL13 pada 20 November 2021Gotong-royong di SL13 pada 20 November 2021Gotong-royong di SL13 pada 20 November 2021Gotong-royong di Flat Taman Rakan pada 21 November 2021Gotong-royong di Flat Taman Rakan pada 21 November 2021Gotong-royong di Flat Taman Rakan pada 21 November 2021Gotong-royong di Flat Taman Rakan pada 21 November 2021Gotong-royong di Flat Taman Rakan pada 21 November 2021
Sempena sambutan Hari Deepavali dalam keadaan negara sedang berjuang menghadapi pandemik wabak Covid-19, kemeriahan untuk menyambut perayaan tetap juga terasa walaupun tidak dapat berkunjung antara satu sama lain. Pada musim pandemik ini, Ahli Majlis memeriahkan sambutan ini dengan membuat kelas masakan secara dalam talian iaitu membuat resepi maruku bersama tenaga pengajar Puan Vasantarai A/P Apparoo. Beliau menggunakan resepi tradisi turun-temurun dari keluarga dan berkongsi dengan semua perserta dan sempat membungkuskan maruku yang baru dimasak kepada Ahli Majlis. Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penduduk MPP zon 9.
Peserta yang menyertai kursus masakanTenaga pengajarAhli Majlis Zon 9Penyerahan bayaran kepada tenaga pengajarMAruku yang siap dimasak
Pada bulan Ogos 2021, Malaysia masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Oleh itu, sebarang perarakan atau sambutan secara besar-besaran adalah dilarang sama sekali. Namun, itu tidak melemahkan semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk di MPP Zon 9 untuk menyambutnya. Pada tahun ini, Ahli Majlis telah menyumbang sejumlah bendera dengan saiz 2′ x 4′ serta 3′ x 6′ untuk diberikan kepada wakil penduduk untuk diganyung di kawasan masing-masing. Antara penerimanya adalah KRT Taman Rakan, Flat Taman Rakan, Persatuan Penduduk Taman Cheras Idaman 2, wakil penduduk Taman Kurnia, Persatuan Penduduk Taman Desa Baru 1, Persatuan Penduduk Jalan Desa Baru 6&7, Persatuan Penduduk Taman Koperasi Cuepacs, JMB Flat Cheras Mewah., JMB Apartment Cheras Mewah, Persatuan Penduduk Kejiranan Taman Kasih dan JMB Flat Sri Kasih. Masing-masing menerima 40 – 80 helai bendera mengikut saiz kawasan perumahan. Sepanjang penyerahan bendera ini, semua penerima telah mengikut SOP yang ditetapkan dengan menjaga jarak dan memakai pelitup muka. Selamat Hari Merdeka Yang Ke-65.
Persatuan Penduduk Taman Cheras Idaman 2KRT Taman RakanFlat Taman RakanPenyerahan di lokasi ke-2Penyerahan di lokasi ke-3Taman KasihFlat Sri KasihTaman Desa Baru Jalan 6&7Taman Desa Baru Jalan 6&7Taman Cheras Idaman 2Taman Kurnia IndahTaman Kurnia IndahTaman KasihTaman KasihTaman Koperasi CuepacsTaman Koperasi CuepacsFlat Taman RakanFlat Taman RakanKRT Taman RakanFlat Sri KasihAparment Cheras MewahApartment Cheras Mewah
Apabila Majlis Keselamatan Negara mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali-2 pada tahun 2021, ramai rakyat Malaysia yang masih terkesan dengan PKP kali-1 mengeluh kerana sumber pendapatan mereka terjejas. Ahli Majlis mengambil inisitif untuk membantu golongan yang terjejas ini dengan memberikan sumbangan makanan asas kepada penduduk di bawah MPP Zon 9 yang memerlukan. Sumbangan dibuat secara berperingkat bermula 25 April 2021 hingga 28 Ogos 2022 dan diedarkan kepada hampir 300 penerima antaranya di Taman Rakan, Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Kasih. Antara barangan asas yang diberikan adalah beras, minyak masak, sardin, gula, kopi, mee hun, pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan beberapa barangan lain. Semoga penduduk di MPP Zon 9 dijauhi dengan wabak Covid-19 ini.
Di Flat Sri KasihDi Flat Sri KasihDi Flat Sri KasihDi Flat Taman RakanDi Flat Taman RakanDi Flat Taman RakanDi Taman Koperasi CuepacsDi Taman Koperasi CuepacsDi Taman Koperasi CuepacsDi Taman RakanDi Taman RakanDi Taman RakanDi Taman RakanDi Taman RakanDi Taman RakanDi Taman RakanDi Surau Al-Falah, Taman Koperasi CuepacsDi Surau Al-Falah, Taman Koperasi Cuepacs
Pasukan Bola Sepak MPP Zon 9Dari kiri : En Izzudin bin Ramli, Pengarah JPPK, MPKj bersama Ahli Majlis Zon 9, En Ahmad Shakir
Satu Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pasukan MPP Zon 9 dengan JPPK, MPKj telah berlangsung pada 23 Mac 2021 bertempat di Arena Jubli Perak, Bandar Baru Bangi. Perlawanan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara staf JPPK, MPKj dengan Ahli Majlis Zon 9 yang baru dilantik selain untuk memantapkan lagi skil dan stamina pemain. MPP Zon 9 telah memenangi perlawanan ini dengan jaringan 6-1. Kesemua pemain dan urusetia telah mematuhi SOP dalam sektor sukan se[erti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Semasa musim pandemik Covid 19 yang telah menyebabkan ekonomi sesetengah keluarga terjejas, Ahli Majlis Zon 9 telah mengambil inisiatif membantu meringan beban keluarga yang memerlukan bantuan. Antara bantuan yang diberikan adalah edaran barangan makanan kering harian seperti beras, minyak, mee hun, gula, biskut, sardin dan beberapa barangan lain lagi. Edaran bantuan ini telah diagihkan ke beberapa kawasan di bawah MPP Zon 9 secara berperingkan sebanyak 5 kali bermula pada 26 Mac 2020 hingga 11 November 2020. Semoga wabak Covid 19 ini dapat diputuskan agar rakyat Malaysia dapat hidup seperti sedia kala.
Dari kiri : Ms Kim ahli Majlis Zon 3, En. Amirul Ketua KAmpung Bukit Dukung, En. Raman Ahli Majlis Zon 9 dan Pn. Sara PT Ahli Majlis Zon 9Sebelum mulakan konvoi
Tanggal 31 Ogos 2020 adalah Hari Kebangsaan Malaysia Yang Ke-63. MPP Zon 9 tidak ketinggalan untuk menyambutnya pada tahun ini dengan menganjurkan Konvoi Merdeka Yang Ke-63 dengan kerjasama KRT Taman Rakan pada 31 Ogos 2020. Sebanyak 60 buah motosikal pelbagai kuasa dengan 100 orang penunggang dan pembonceng dari pelbagai peringkat umur dan bangsa telah bersama-sama membawa Jalur Gemilang dengan motosikal sejauh 5 km bermula dari Petronas Taman Rakan mengelilingi sekitar Taman Rakan, Taman Bukit Suria dan Taman Suria dan berakhir di pondok KRT Taman Rakan. Seramai 3 orang anggota polis trafik turut sama membantu bagi melancarkan lagi konvoi ini. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-63 kepada semua penduduk MPP Zon 9.
Satu Program LA21 iaitu Kelas Menjahit Beg Kitar Semula telah diadakan pada 7 Mac 2020 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Bilik Seminar, Dewan Sri Cempaka. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perancang Pembangunan MPKj dan disertai oleh MPP Zon 9 dan MPP Zon 10. MPP Zon 9 telah membawa seramai 15 orang peserta. Program ini bertujuan untuk mempelajari teknik asas jahitan menjahit beg menggunakan banner terpakai.
Satu Program Kesedaran Kebersihan Dalam Taman anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rakan telah diadakan di Pusat Aktiviti KRT Taman Rakan pada 29 Februari 2020 bermula 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Program ini bertujuan untuk
memberikan kesedaran kebersihan yang perlu dijaga oleh penduduk bukan sahaja di
dalam kawasan rumah malah di kawasan luar rumah juga. Dengan ini dapat
mewujudkan budaya serta kesedaran sivik yang perlu diberi penerangan kepada
penduduk. Antara pengisian semasa program ini adalah menerangkan peranan
masyarakat tentang kebersihan, keburukan berlaku kepada taman, tindakan pihak
berwajib serta pameran mengenai penyakit denggi. Penganjur telah menjemput
Penolong Pegawai Kebersihan Dan Persekitaran, Encik Muhammad Qamarun bin Salim
dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MPKj untuk
memberikan penerangan.
Satu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020 peringkat MPP Zon 9 telah diadakan di Pusat Aktiviti Kawasan rukun tetangga (KRT) Taman Rakan pada 22 Februari 2020 bermula 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Sambutan dimulai dengan ucapan dari
ADUN Kajang, YB Hee Loy Sian kemudian penduduk dipersembahkan dengan tarian
tradisi semasa sambutan Tahun Baru Cina iaitu tarian singa. Sambutan ini juga
dihadiri oleh Ahli Majlis Zon 3, Cik Lim Kim Eng.