Sambutan Hari Kemerdekaan 2019

31 Ogos 2019, Sabtu

Satu Sambutan Hari Kemerdekaan 2019 yang ke 62 anjuran Rukun Tetangga  Taman Koperasi Cuepacs dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Koperasi Cuepacs dan Ahli Majlis Zon 9 telah diadakan pada 31 Ogos 2019 bertempat Padang Taman Koperasi Cuepacs. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Seramai lebih kurang 150 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs, Taman Rakan, Taman Desa Baru, Taman Mewah Cheras dan Taman Lingkaran Nur hadir untuk memeriahkan program ini.

            Antara yang hadir untuk memeriahkan sambutan ini adalah Encik Shamsir bin Mat Dhaud, wakil dari  Jabatan Perpaduan Negara Dan Integriti Nasional, Wakil dari Pejabat Tanah Dan Daerah Hulu Langat, Wakil dari IPD Kajang, Ahli Majlis Zon 9 dan Pengerusi-pengerusi Taman-taman sekitar.

            Program ini bermatlamat untuk mengeratkan hubungan penduduk berbilang kaum dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk. Selain daripada itu, sambutan ini juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja khasnya.

          

Program Pembangunan Komuniti, Majlis Perbandaran Kajang – Kelas Gubahan Belon Coklat

Unit Komunit, Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat Dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kajang telah bekerjasama dengan MPP Zon 9 telah menganjurkan Program Pembangunan Komuniti iaitu Kelas Gubahan Belon Coklat. Sinonim dengan “surprise delivery”, kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara menggubah bunga, belon dan coklat untuk dijadikan gubahan yang menarik yang sesuai dijadikan hadiah istimewa. Peserta dapat menggunakan ilmu ini untuk dijadikan sumberpendapatan sama ada sepenuh masa atau secara sampingan. Para peserta yang hadir telah memberi kerjasama yang baik dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi menjalankan program komuniti.

Kembali Ke Sekolah Norma Baru – Bersama Cegah Covid-19

Setelah beberapa minggu sesi persekolahan ditutup akibat wabak pandemik Covid-19, akhirnya Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa sesi persekolaha akan dibuka pada 15 Julai 2022 dengan beberapa SOP yang ketat yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar. Ahli Majlis Zon 9 telah menyambut baik keputusan kerajaan ini dengan membuat satu Program Kembali Ke Sekolah Norma Baru – Besama Cegah Covid-19 dimana di dalam program ini, 25 pelajar berumur 7-12 tahun telah diberi pendedahan awal mengenai SOP dan norma baru sebelum kembali ke sekolah. Seorang Pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah dijemput bagi memberi ceramah mengenai SOP dan norma baru semasa di sekolah dan menunjukkan demonstrasi cara-cara mencuci tangan dengan sabun serta menggunakan cecair pembasmi kuman dengan betul. Ini kerana kebersihan tangan adalah salah satu cara untuk mengelakkan jangkitan virus Covid-19 ini. Semoga pelajar-pelajar di MPP Zon 9 dapat mematuhi SOP yang ditetapkan dan bersama mencegah wabak Covid-19.

One Day Bakery Class

16 Jun 2019, Ahad

Satu Program One Day Bakery Class anjuran COMBI Taman Koperasi Cuepacs di telah diadakan di Balai Raya Taman Koperasi Cuepcas pada 16 Jun 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang .Program ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Zon 9, En. Raman A/L Elangovan.

            Seramai 50 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Rakan terutamanya kaum wanita telah mendaftar untuk menyertai kelas ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi ilmu kepada peserta mengenai pembuatan kek dan biskut dengan menunjukkan cara-cara yang betul.

Kursus COMBI

5 Mei 2019, Ahad

Satu Kursus Community Behavior Impact atau COMBI telah diadakan pada pada 5 Mei 2019 bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari .Program ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Zon 9, En. Raman A/L Elangovan.

            Seramai 60 orang peserta terutamanya penduduk di sekitar Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Mewah Cheras di bawah MPP Zon 9 hadir untuk memberikan kotmitmen dan kerjasama. Kursus ini anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan COMBI Taman Koperasi Cuepacs.

            Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan pembentukan komuniti dalam membasmi gejala penyakit umum dalam kalangan penduduk dan cara untuk berkomunikasi dengan berhemah antara satu sama lain dalam memerangi wabak penyakit yang semakin berleluasa iaitu dengggi.  

Kejohanan Bola Sepak Belia 2019

28 April 2019, Ahad

Satu Kejohanan Bola Sepak Belia 2019 anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 9  telah diadakan di Stadium Kajang pada 28 April 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang . Ahli Majlis menghadiri program ini pada jam 12.00 tengah hari bersama YB ADUN Kajang, YB Hee Loy Sian.

 Kejohanan ini adalah penglibatan bersama PeBT Zon 10 dan Zon 15. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada belia yang ingin meluaskan bakat bermain bola sepak.

Mesyuarat Luar Biasa JMB Taman Rakan Dan Majlis Kesyukuran Menyambut Ramadan

28 April 2019, Ahad

Satu Mesyuarat Luar Biasa JMB Flat Taman Rakan Dan Majlis Kesyukuran Menyambut Ramadan  telah diadakan di perkarangan gelanggang badminton Flat Taman Rakan pada 28 April 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari . Ahli Majlis menghadiri mesyuarat ini pada jam 11.00 pagi.

 Mesyuarat Luar Biasa kali ini bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai perjalanan JMB dari November 2018 hingga April 2019. Selain itu, semasa mesyuarat ini Ahli Jawatankuasa membangkitkan isu menggunakan petak parkir secara individu dan juga cadangan untuk meletakkan lampu jalan di sekitar kawasan flat.

Selepas mesyuarat selesai, satu jamuan makan diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang akan tiba.

Program Tindakan Kecemasan Bersama (ER Drill)

28 April 2019, Ahad

Satu Program Tindakan Kecemasan Bersama (ER Drill) dianjurkan oleh Balai Bomba Dan Penyelamat Kajang telah diadakan di Balai Raya Taman Koperasi Cuepacs pada 28 April 2019 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini dijalankan sepenuhnya oleh pihak bomba.

            Seramai 80 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs telah hadir untuk melaksanakan kempen ini yang bertujuan untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada penduduk tentang punca kebakaran dan cara untuk menyelamatkan diri. Penduduk juga diberi peluang untuk membuat praktikal cara memadam api menggunakan “liquid powder” dengan dengan diawasi sepenuhnya oleh pegawai bomba.

Gotng-royong Perdana Cegah Denggi Taman koperasi Cuepacs 2019

21 April 2019, Ahad

Satu program Gotong-Royong Perdana Cegah Denggi Taman Koperasi Cuepacs 2019  anjuran Persatuan Penduduk Taman Koperasi Cuepacs dengan kerjasama COMBI Taman Koperasi Cuepacs, Ahli Majlis Zon 9, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, RELA, Rukun Tetangga dan Balai Bomba Dan Penyelamat Kajang diadakan di Balai Raya Taman Koperasi Cuepcas pada 21 April 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari . Program ini telah dirasmikan oleh YB ADUN Kajang, YB Hee Loy Sian.

            Seramai 150 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs hadir untuk memberikan kotmitmen. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes serta membersihkan sekitar  kawasan kediaman mereka. Terdapat pengisian yang berguna semasa program ini iaitu pertandingan mengumpul sampah yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk serta pertandingan mencari jentik-jentik. Tempat pertama yang memenangi pertandingan mencari sampah adalah sebanyak 320 bekas manakala tempat pertama yang memenangi pertandingan mencari jentik-jentik adalah sebanyak 120 ekor.

Sambutan Perayaan Ponggal Viszha MPP Zon 9 2019

24 Februari 2019, Ahad

Satu Perayaan Ponggal Viszha  dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Koperasi Cuepacs dengan kerjasama MPP Zon 9 telah dadakan pada 24 Februari 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Balai Raya Taman Koperasi Cuepacs. Program ini dirasmikan oleh ADUN Kajang, YB Hee Loy Sian.

            Antara VIP yang hadir untuk memeriahkan perayaan ini adalah, En Raman A/L Elangovan, En Thiagarajah, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Lingkaran Nur, Pengerusi COMBI Taman Koperasi Cuepacs serta wakil dari Pejabat DUN Kajang.

Seramai 200 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Rakan telah  hadir untuk memeriahkan pesta ini. Tujuan Perayaan Ponggal ini adalah bagi meraikan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut agama.