Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun dengan membawa tema yang tersendiri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh United Nations Environment Programme (UNEP). Ahli Majlis Zon 9 tidak terkecuali untuk menyambutnya dengan kerjasama dari Jabatan Landskap Dan Rekreasi MPKj yang membekalkan baja kompos untuk diberikan kepada taman-taman perumahan yang mempunyai kebun sama ada individu atau kerjasama dengan persatuan penduduk. Antara yang menerima sumbangan baja kompos ini ialah SRA Sg Sekamat, Persatuan Penduduk Jalan Desa Baru 6 & 7, Taman Desa Baru, Persatuan Penduduk Kejiranan Taman Kasih dan Suria Garden Village.