Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) Programme – Pengembaraan Menakjubkan Bersama Alfa & Friends

Sempena cuti sekolah pada tahun ini, Ahli Majlis telah menganjurkan satu program berkonsepkan STEM dengan kerjasama dari Fun Science Sdn. Bhd pada 11 Jun 2022 bertempat di Balai Raya Taman Koperasi Cuepacs. Seramai 30 orang peserta berumur 7-12 tahun telah mendaftar dengan urusetia.

Program yang bertajuk Pengembaran Menakjubkan Bersama Alfa And Friends and satu bentuk program dimana terdapat jalan cerita bagi menyelamatkan sebuah kerajaan yang diserang virus berbahaya dan pada setiap plot penceritaan, peserta akan membuat aktivi yang disediakan di dalam kit aktiviti bagi menyelamatkan kerajaan tersebut, peserta perlu menyelesaikan aktiviti ini. Terdapat sembilan aktiviti yang perlu disediakan antaranya Leaping Horse, Super Soap, Speedy Car, Sparkling Crystal, Magic Grabber, Racing Monster, Poly Sling, Vanishing Virus dan Farvel Carousel.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk melibatkan peserta dalam aktiviti yang menyeronokka dan menarik bagi meneroka sensori mereka melalui peluang dan pengalaman ini. Selain itu, peserta juga mempelajari cara bekerjasama dalam kalangan mereka dalam menyelesaikan masalah dan saling membantu antara satu sama lain.