Program Merdeka Walk 2022 telah berlangsung pada 31 Ogos 2022 bertempat di Taman Desa Raya Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Tn. Haji Zainal Abidin Bin Abdullah (Pengerusi Persatuan Komuniti Taman Desa Raya) dan juga Tn Haji Yusof Manan (Ketua Kampung Dusun Nanding). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang.
Program ini bertujuan untuk terus menerapkan sifat cintakan tanahair, semangat patriotisme dan menghargai pencapaian kemerdekaan bagi negara Malaysia, Selain itu juga ia dapat merapatkan ukwah dikalangan penduduk.
Program dimulai dengan acara perhimpunan di hadapan balai komuniti dengan ucapan dan nyanyian lagu Negaraku. Peserta selepas itu mengikuti senamrobik di kawasan gelanggang futsal.
Seterusnya, peserta diagihkan dengan bendera Malaysia versi tangan untuk dibawa semasa berjalan di sekeliling taman sebanyak 5 pusingan. Selepas itu, turut diadakan program tarik tali dewasa dan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kira-kira jam 11 pagi.