Program Back to School telah berlangsung pada 18 Disember 2022 bertempat di Taman Pinggiran Delima Hulu Langat. Bermula jam 10.00 pagi dan dihadiri oleh En. Afrodi Bin Ali (Wakil Ahli Majlis zon 1). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 70 orang. Program bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada pelajar sekolah sempena pembukaan sekolah sesi 2023. Bantuan beg sekolah disampaikan oleh en Afrodi bin Ali selaku wakil ahli majlis zon 1. Program berakhir kira-kira jam 10.45 pagi dengan sesi bergambar beramai-ramai.
Program Merdeka Walk
2022 telah berlangsung pada 31 Ogos 2022 bertempat di Taman Desa Raya Hulu
Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Tn. Haji Zainal Abidin
Bin Abdullah (Pengerusi Persatuan Komuniti Taman Desa Raya) dan juga Tn Haji Yusof Manan (Ketua Kampung Dusun
Nanding). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang.
Program ini bertujuan untuk terus menerapkan sifat cintakan tanahair,
semangat patriotisme dan menghargai pencapaian kemerdekaan bagi negara
Malaysia, Selain itu juga ia dapat merapatkan ukwah dikalangan penduduk.
Program dimulai dengan acara perhimpunan di hadapan balai
komuniti dengan ucapan dan nyanyian lagu Negaraku. Peserta selepas itu
mengikuti senamrobik di kawasan gelanggang futsal.
Seterusnya, peserta diagihkan dengan bendera Malaysia
versi tangan untuk dibawa semasa berjalan di sekeliling taman sebanyak 5
pusingan. Selepas itu, turut diadakan program tarik tali dewasa dan juga
pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Program
diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kira-kira jam 11 pagi.
Program
sambutan hari Kebangsaan telah berlangsung pada 31 Ogos 2022 bertempat di Taman Pinggiran Delima Hulu Langat.
Bermula jam 8.00
pagi dan dihadiri oleh Y.B Edry Faizal Bin Eddy Yusof (ADUN Dusun Tua).
Anggaran penyertaan adalah sebanyak 150 orang.
Program ini bertujuan untuk terus menerapkan sifat cintakan tanahair,
semangat patriotisme dan menghargai pencapaian kemerdekaan bagi negara
Malaysia, Selain itu juga ia dapat merapatkan ukwah dikalangan penduduk.
Peserta berhimpun di perkarangan letak kereta Blok A,
sebelum berarak sambal mengibarkan bendera Malaysia ke tapak perhimpunan di
padang Blok C. Perarakan turut disertai oleh kanak-kanak setempat dengan
pakaian beragam masing-masing.
Program
berakhir kira-kira jam 11 pagi dengan sesi
bergambar bersama seluruh peserta program.
Program Semarak Merdeka 2022 dengan kerjasama KRT Tmn Desa Pelangi dan MPP zon 1
Program
semarak merdeka 2022 telah berlangsung pada 31 Ogos 2022 bertempat di Taman Desa Pelangi Hulu Langat.
Bermula jam 8.00
pagi dan dihadiri oleh Tn. Haji Nasir Bin Hassan (Timbalan Pengerusi KRT Taman Desa Pelangi).
Anggaran penyertaan adalah sebanyak 80 orang.
Program ini bertujuan
untuk terus menerapkan sifat cintakan tanahair, semangat patriotisme dan
menghargai pencapaian kemerdekaan bagi negara Malaysia, Selain itu juga ia
dapat merapatkan ukwah dikalangan penduduk.
Program dimulai
dengan dengan perarakan kemerdekaan bermula daripada Anjung Pelangi menuju ke
dataran program Taman Desa Pelangi. Perarakan diserikan dengan pakaian beragam
daripada kanak-kanak setempat.
Pertandingan
beragam bertemakan hari merdeka dan juga pertandingan mewarna kanak-kanak turut
diadakan ditapak program. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tn Haji Nasir
bagi pemenang pertandingan.
Majlis berakhir
kira-kira jam 11 pagi dengan sesi bergambar bersama peserta.
Bengkel membuat pes makanan telah berlangsung pada 28 Ogos 2022 bertempat di Dewan Komuniti Batu 15 Dusun Tua. Bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh En Md Gadapi Bin Ahmad Harmain (Ketua Kampung). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 25 orang.
Program ini memfokuskan kepada wanita sebagai peserta utama dengan menyediakan aktiviti masakan yang boleh menjana pendapatan sampingan. Program dimulakan dengan ceramah dan diikuti dengan cara amali oleh peserta untuk menyediakan pes tersebut. Program berakhir kira-kira jam 12 tengah hari dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta.
Karnival sukan merdeka
2022 (Takraw dan Futsal) telah berlangsung pada 28 Ogos 2022 bertempat di Dewan Batu 16 Dusun Tua
/ Gelanggang futsal Tmn. Desa Sentosa. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh En Md Gadapi Bin Ahmad
Harmain (Ketua Kampung).
Anggaran penyertaan
adalah sebanyak 100 orang. Program ini dianjurkan
bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 dengan menyasarkan
anak-anak muda. Terdapat 2 permainan sukan yang dilaksanakan iaitu pertandingan
sepak takraw dan futsal penalti. Program mendapat sambutan yang amat menggalakkan
daripada penduduk setempat. Majlis berakhir kira-kira jam 3 petang dengan
penyerahan hadiah kepada pemenang.
Pertandingan badminton beregu tertutup MPP Zon 1 telah berlangsung pada 30 Julai 2022 bertempat di Dewan Taman Titiwangsa Hulu Langat. Bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh En. Afrodi Bin Ali (Wakil Ahli Majlis zon 1). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 25 orang.
Program ini bertujuan
untuk merapatkan lagi ukhwah dikalangan peserata disamping beriadah dan
beraktiviti yang menyeronokkan. Majlis penyampaian hadiah telah diwakili oleh en
Afrodi bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Program berakhir
kira-kira jam 2 petang dengan jayanya.
Program
Gotong-royong cegah denggi telah berlangsung pada 24
Julai 2022 bertempat di Taman
Pinggiran Delima Hulu Langat. Bermula jam 8.30
pagi dan dihadiri oleh En. Rashid
selaku ketua Kampung Batu 13 dan juga Puan Zaharah (Pengerusi KRT Tmn Pinggiran
Delima). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Ia melibatkan kesemua blok
perumahan di taman ini sebanyak 8 blok perumahan.
Progam ini dilaksanakan
dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan mensasarkan untuk
menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Program
ini bertujuan membersihkan kawasan persekitaran taman dari tempat pembiakan
nyamuk Aedes dan sekaligus menghapuskan Denggi. Peralatan dan Jamuan makan
disediakan bagi melancarkan lagi program ini. Program berakhir kira-kira jam 2 petang dengan
mencapai objektif pembersihan yang diharapkan.
Y.B. Ustaz Datuk
Hasanuddin Mohd Yunus selaku Ahli Parlimen Hulu Langat dan isteri turut hadir
memberikan sokongan dan sedikit sumbangan kepada program gerak kerja
gotong-royong yang dijalankan.
Perbincangan turut disertai oleh YB Datuk Hasanuddin bagi menyumbangkan idea pergerakan JMB
Program mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Delima telah berlangsung pada 28 Mac 2021 bertempat di Dataran Tmn Pinggiran Delima Blok C. Bermula jam 11.00 pagi dan dihadiri oleh YB Datuk Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang.
Program ini bertujuan untuk menggerakkan semula JMB peringkat taman bagi menjaga hal ehwal persekitaran bangunan flat. Perbincangan turut disertai oleh YB Datuk Hasanuddin bagi menyumbangkan idea pergerakan JMB.