Program sambutan hari Kebangsaan telah berlangsung pada 31 Ogos 2022 bertempat di Taman Pinggiran Delima Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Y.B Edry Faizal Bin Eddy Yusof (ADUN Dusun Tua). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 150 orang.
Program ini bertujuan untuk terus menerapkan sifat cintakan tanahair, semangat patriotisme dan menghargai pencapaian kemerdekaan bagi negara Malaysia, Selain itu juga ia dapat merapatkan ukwah dikalangan penduduk.
Peserta berhimpun di perkarangan letak kereta Blok A, sebelum berarak sambal mengibarkan bendera Malaysia ke tapak perhimpunan di padang Blok C. Perarakan turut disertai oleh kanak-kanak setempat dengan pakaian beragam masing-masing. Program berakhir kira-kira jam 11 pagi dengan sesi bergambar bersama seluruh peserta program.