Gotong-royong Mega Cegah Denggi Taman Rakan

Seperti wabak Covid-19, wabak demam denggi juga tidak boleh dipandang ringan.KRT Taman Rakan yang amat menitik beratkan soal kebersihan dalam kawasan mereka telah menganjurkan satu program gotong-royong bagi mencegah wabak denggi pada 30 Oktober 2022. Semasa gotong-royong dijalankan, pihak Ahli Majlis telah memeriksa kawasan luar dan lorong belakang di setiap rumah dan mendapati terdapat beberapa bekas yang mempunyai jentik-jentik serta beberapa tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan. Kesemua bekas tersebut telah dilupuskan bagi mengelakkan kejadian berulang.