Program Memasak & Agihan Bubur Lambuk Rahmah MPP Zon 2 MPKj telah diadakan pada 1 April 2023 bertempat di perkarangan Dewan Blok B,Flat Taman Kota Cheras. Program ini telah dianjurkan bersama KRT Taman Kota Cheras Fasa 1 dan JMB Flat Taman Kota Cheras.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini dimulai dengan para penduduk bergotong-royong menyediakan barang-barang keperluan yang akan digunakan bagi memasak bubur lambuk ini.
Program memasak ini telah berlangsung selama hampir 2 jam. Kemudian,setelah siap sesi memasak,sesi membungkus bubur lambuk pula berlangsung. Ahli Majlis Zon 2 Majlis Perbandaran Kajang(MPKj),Encik Farhan Haziq bin Mohamed turut serta menggembleng tenaga bersama penduduk yang hadir menyiapkan bungkusan bubur lambuk tersebut. Bubur lambuk ini telah diagihkan kepada kira-kira 1000 orang yang terdiri daripada surau,masjid dan penduduk yang tinggal berdekatan.
Program ini dilihat sebagai satu program tahunan yang wajib diadakan dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam bagi menyemarakkan lagi semangat Ramadhan.