Program Memasak Dan Edaran Lauk Berbuka Dan Bubur Lambuk

Pada 26 Mac 2023, telah diadakan program memasak dan edaran lauk berbuka dan bubur lambuk di Dewan Orang Ramai Batu 16 Dusun Tua. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan dihadiri oleh Y.B Mohd Sany Bin Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat. Anggaran penyertaan bagi program ini adalah sebanyak 300 orang.

Program ini bertujuan untuk menyediakan hidangan berbuka puasa serta bubur lambuk untuk dibahagikan kepada masyarakat setempat. Selain itu, program ini juga diadakan untuk memupuk semangat gotong-royong dan kerjasama di kalangan penduduk kawasan tersebut.

Program ini berjalan dengan lancar dan disertai dengan antusiasme yang tinggi daripada para peserta. Menu lauk berbuka adalah gulai masak lomak ayam pencen. Selain itu, bubur lambuk turut disediakan dan dibahagikan kepada orang ramai bermula jam 5 petang.

Pada kira-kira jam 6.30 petang, program ini telah berakhir dengan penuh kejayaan. Semua peserta berpuas hati dengan hidangan yang disediakan dan turut berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam penyediaan program ini.