Program gotong-royong membersihkan persekitaran padang awam batu 14 Hulu Langat

Program gotong-royong membersihkan persekitaran padang awam batu 14 Hulu Langat  telah berlangsung pada 17 Februari 2019 bertempat di Padang Awam Batu 14 Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh En Shahri Suad (Ketua Kampung Batu 13 Hulu Langat). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 20 orang. Progam ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar padang yang telah semak dan kotor

Kursus sembelihan muslim

Kursus sembelihan muslim telah berlangsung pada 27 Januari 2019 bertempat di Surau Tmn Wawasan. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Y.B Edry Faizal Bin Eddy Yusof (ADUN Dusun Tua). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 40 orang. Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan mengenai cara-cara sembelihan binatang menurut Islam

Bengkel pembuatan simenfero

Bengkel pembuatan simenfero telah berlangsung pada 26 dan 27 Januari 2019 bertempat di Balai Raya Batu 15 Dusun Tua. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh YDH Tuan Abdul Jalil bin Dato’ Abd Rani. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 150 orang. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada peserta berkenaan kaedah pembuatan peralatan dan perabot berasaskan simen

Pertandingan sepak takraw tertutup Penduduk Taman Perkasa

Pertandingan sepak takraw tertutup Penduduk Taman Perkasa telah berlangsung pada 20 Januari 2019 bertempat di Gelanggang takraw Tmn Perkasa. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Tn Haji Yusof Manan (Ketua Kampung Dusun Nanding). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 50 orang. Program ini bertujuan untuk mendekatkan penduduk setempat antara satu sama lain melalui aktiviti sukan

Gotong-royong membersihkan dewan orang ramai Kg. Sg. Tekali

Gotong-royong membersihkan dewan orang ramai Sg. Tekali telah berlangsung pada 6 Januari 2019 bertempat di Dewan Orang Ramai Sg. Tekali. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh En Amran Ahmad (Ketua Kampung Sg. Tekali). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 10 orang. Program ini bertujuan membersihkan kawasan dewan dan persekitaran serta melupuskan barangan terpakai daripada program dan aktiviti terdahulu