GOTONG-ROYONG PERDANA 2022

Gotong Royong Perdana 2022 telah diadakan pada 26hb Mac 2022 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi. Gotong-royong Perdana ini melibatkan 6 buah taman di bawah MPP Zon12 iaitu Taman Jenaris, Taman Kantan Permai, Taman Puncak Saujana, Taman Taming Impian, Taman Pinggiran Saujana dan juga Taman Prima Saujana. Program telah dirasmikan oleh TUAN YDP MPKJ, YBhg. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain. Program turut disertai oleh Ahli Majlis Zon 12 En Khoo Kim Han, Pengarah JPPK, wakil-wakil Persatuan Penduduk, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, KDEB, kakitangan JPPK dan PCO MPKJ.

Gotong royong telah dijalankan di lokasi-lokasi seperti yang dirancang melibatkan kawasan sekitar hadapan rumah, lorong belakang, kawasan lapang, taman permainan dan kebun-kebun kecil. Antara aktiviti gotong royong yang dilakukan adalah pembersihan sisa pukal,sampah tabur, cari dan hapus tempat berpotensi membiakan nyamuk aedes serta pembersihan longkang. Edaran aerosol dan pendidikan kesihatan turut diberikan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penyakit denggi ini.


program merencana kemajuan bersama

industri pembangunan negara berkembang dengan pesat walaupun 2 tahun lalu dunia begitu sunyi dari pembangunan akibat covid-19. majlis perbandaran kajang (MPKJ) telah mengambil pendekatan dengan mengadakan perbincangan bersama semua ahli majlis dan pengarah jabatan bagi memacu pembangunan selaras dengan kebajikan penduduk

aduan mpkj

penduduk boleh membuat aduan secara terus melalui sistem e-aduan. berikut adalah carta alir bermula daripada penerimaan aduan sehingga selesai.

PROGRAM ASPRESIASI MPP ZON 17 MPKj & SUKARELAWAN AWANQASEH BANGI

Pejabat Ahli Majlis Zon 17 telah menganjurkan Program Aspresiasi MPP Zon 17 MPKj & Sukarelawan AwanQaseh Bangi pada 3 Disember 2022 bertempat di Restoran Al Diafah, Bandar Baru Bangi. Ia juga merupakan salah satu aktiviti tahunan khusus untuk mengiktiraf, menghargai pencapaian dan penglibatan para Ahli Jawatankuasa Majlis Persatuan Penduduk (MPP) serta skuad sukarewalan yang telah banyak menyumbang jasa dan keringat bakti sepanjang tahun 2022.  Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan antara satu sama lain.

Program ini dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Puan Rozeeta Binti Ramli selaku Ahli Majlis Zon 17. Beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi komitmen dalam menjayakan program-program yang  dianjurkan oleh Ahli Majlis Zon 17.

Ahli Majlis 16 & 18 juga turut memberi ucapan ringkas.  Ucapan penutup oleh YB Tuan Haji Mazwan Bin Johar yang menyeru agar kerjasama yang terjalin dapat diteruskan dan dipereratkan pada masa akan datang. Seramai 40 orang yang hadir termasuk staf Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg. Ramal dan majlis ini berakhir kira-kira jam 2.00 petang.

Turut hadir memeriahkan majlis ini dengan kehadiran YB Parlimen Bangi iaitu YB Syahredzan Bin Johan serta isterinya. Seramai 40 orang yang hadir termasuk staf Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg. Ramal dan majlis ini berakhir kira-kira jam 2.00 petang.