Program Read-Write-Count (RCW) – Bengkel Menguasai Kemahiran 3M: Menulis,Membaca,Mengira Siri 1 2023

Satu program berbentuk pendidikan iaitu Program Read-Write-Count (RCW) – Bengkel Menguasai Kemahiran 3M: Menulis,Membaca,Mengira Siri 1 2023 telah diadakan pada 15 Julai 2023 bertempat di Dewan Pusat Komuniti Suntex.

Program ini adalah insiatif Ahli Majlis Zon 2 MPKj,Encik Farhan Haziq bin Mohamed bertujuan untuk membantu pelajar Tahap Satu yang mempunyai masalah dalam pembelajaran iaitu dari segi menulis,membaca dan mengira terutamanya kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk memasuki kelas intensif di luar.

Pada awalnya,penyertaan pelajar adalah sangat menggalakkan lalu menyebabkan Encik Farhan Haziq terpaksa menambah slot bilangan pelajar dalam program ini.

Menerusi program ini,para pelajar ini diajar untuk mengenali huruf vocal,konsonan,membina suku kata terbuka dan tertutup dan juga membina perkataan. Para pelajar diberi latihan secara langsung dan mereka ini akan dibimbing oleh cikgu-cikgu terlatih daripada Hifaa Learning Center yang bertanggungjawab dalam pengisian modul program ini.

Kesemua pelajar ini akan turut mengikuti Siri ke-2 program ini yang akan diadakan pada 27 Ogos 2022 akan datang. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan rata-rata ibu bapa berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.