Program Townhall Penjaja Zon 2 Bersama Ahli Majlis Zon 2 & Majlis Perbandaran Kajang(MPKj) – Khidmat Nasihat Mendapatkan Permit Penjaja MPKj

Program Townhall Penjaja Zon 2 Bersama Ahli Majlis Zon 2 & Majlis Perbandaran Kajang(MPKj) – Khidmat Nasihat Mendapatkan Permit Penjaja MPKj) telah diadakan pada pada 17 Jun 2023,Sabtu yang lepas bertempat di Kawasan Lapang Persiaran Awana,Jalan Awana 14,Taman Cheras Awana.

Ahli Majlis Zon 2 MPKj,Encik Farhan Haziq bin Mohamed telah mengambil insiatif untuk mengadakan program ini bagi membolehkan penjaja-penjaja haram yang berniaga di tepi jalan di sekitar Zon 2 ini untuk mendapatkan khidmat nasihat mendapatkan permit penjaja MPKj secara sah. Taklimat ini telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Jabatan dan Penjaja(JPL), MPKj iaitu Encik Mohd Ashraff bin Nasser dan juga Penolong Pegawai Tadbir Kanan JPL, Puan Norehan bin Zaidi.

Selain itu,program ini diadakan juga bagi memberi penerangan kepada para penjaja mengenai tapak lokasi program yang boleh digunakan oleh para penjaja ini untuk berniaga. Encik Farhan berkata bahawa idea ini diinspirasi daripada Laman Niaga di Bangi iaitu pihak MPKj menempatkan penjaja di satu kawasan untuk berniaga. Hal ini memudahkan para penjaja untuk berniaga.

Walau bagaimanapun,para penjaja ini masih berkira-kira untuk berpindah memandangkan mereka perlu memikirkan hasil keuntungan dan perniagaan mereka. Namun,Encik Farhan berjanji akan membantu para penjaja yang ingin berpindah ke tempat lapang ini sekiranya mereka berminat. Program ini tamat pada jam 12.00 tengahari.