PROGRAM FOOD BASKET 2

Ahli Majlis MPP Zon 17 telah berbesar hati mengagihkan makanan keperluan asas seperti beras, susu pekat, tepung, gula, kicap, sardin, minyak masak dan lain-lain lagi kepada penerima dari Seksyen 2, Seksyen 3 dan sekitar. Program seumpama ini diadakan untuk menyalurkan bantuan makanan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan khususnya kepada keluarga dari kelompok B40 yang memerlukan dan pada masa yang sama membantu meringankan bebanan kos sara hidup ekoran Covid -19. Turut hadir menyampaikan pek barangan asas adalah mantan AM, Dr. Tajul Ariffin Bin Nordin & juga mantan YDP Persatuan Penduduk BBB.