Gotong-royong membersihkan kawasan padang

Gotong-royong membersihkan kawasan padang telah berlangsung pada 14 Julai 2019 bertempat di Padang awam Sg. Lui Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Mohd Razak Bin Jalaluddin (Ketua Kampung Sg Lui Bt 21). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 30 orang. Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan Padang permainan penduduk Sungai Lui. Diharap penduduk dapat memanfaatkan kemudahan padang yang telah dibersihkan ini dengan baik