Bengkel Seni Resin

Resin adalah sejenis getah yang dirembeskan oleh pokok conifer dan bersifat likat yang selalu digunakan dalam pelekat getah atau industri makanan sebagai pelikat makanan. Resin juga adalah antara satu bahan dalam penghasilan minyak wangi. Setelah dicampur dengan beberapa bahan sintetik, terhasil cecair resin yang digunakan untuk membuat barang perhiasan yang dipanggil Epoxy Resin. Antara barang perhiasan yang dapat dihasilkan dengan menggunakan resin adalah key-chain, penanda buku, jam dinding, pelapik gelas, jam dan pelbagai lagi mengikut kretiviti.

Dr.Ismat bin Sulaiman adalah peminat dan penghasi produk resin secara sambilan dan mempunyai pengalaman selamam beberapa tahun dalam penghasilan porduk resin telah dijemput bagi menjadi tenaga pengajar kepada 20 peserta di Balai Raya Taman Koperasi Cuepacs pada 2 julai 2022. Beliau telah membekalkan 20 kotak kit lengkap bahan-bahan untum membuat hiasan menggunankan resin kepada semua peserta dan memberi tunjuk ajar yang lengkap untuk menghasilkan keychain kepada para peserta. Bengkel Seni Resin ini bertujuan untuk menambahkan pengalaman kepada peserta di mana hasil dari resin ini dapat menjana pendapatan selain boleh dijadikan hobi di masa lapang.