Gotong-royong Perdana Cegah Denggi Taman Cheras Idaman 2

Seperti wabak Covid-19, wabak demam denggi juga tidak boleh dipandang ringan. Persatuan Penduduk Taman Cheras Idaman 2 yang amat menitik beratkan soal kebersihan dalam kawasan mereka telah menganjurkan satu program gotong-royong bagi mencegah wabak denggi pada 27 Ogos 2022. Semasa gotong-royong dijalankan, pihak Ahli Majlis telah memeriksa kawasan luar dan lorong belakang di setiap rumah dan mendapati terdapat beberapa bekas yang mempunyai jentik-jentik serta beberapa tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan. Kesemua bekas tersebut telah dilupuskan bagi mengelakkan kejadian berulang.