Program Dialog Awam ‘Townhall’ MPP Zon 2 MPKj

Pada 10 Jun 2023, Sabtu yang lepas,satu Program Dialog Awam ‘Townhall’ MPP Zon 2 MPKj yang pada mulanya dijadualkan diadakan pada bulan Mei namun terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan ke telah diadakan oleh Ahli Majlis Zon 2 MPKj,Encik Farhan Haziq bin Mohamed bertempat di Dewan Pusat Komuniti Suntex.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengenalpasti masalah bagi setiap taman/kawasan yang berada di dalam pentadbiran Zon 2 MPKj. Oleh itu,Encik Farhan turut menjemput Pengurus KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) Cawangan Kajang, Encik Abdul Razak Abu Talib dan juga Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam,Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman bagi bersoal jawab dengan para wakil dan juga menyampaikan beberapa isu berkaitan dengan KDEB dan juga Saluran Aduan MPKj.

Program ini yang dihadiri oleh pengerusi dan wakil bagi Taman/Persatuan Penduduk/MC/JMB/KRT/MPKK bermula pada jam 10.00 pagi. Pada permulaan program ini,Encik Farhan telah menyampaikan taklimat bidang kuasa majlis dan bukan bidang kuasa majlis pada wakil-wakil ini supaya proses pentadbiran untuk kawasan ini dapat difahami oleh wakil-wakil ini dan sekaligus dapat disampaikan kepada penduduk setempat.

Di dalam program ini juga terdapat perhubungan dua hala iaitu wakil-wakil ini boleh bertanyakan soalan kepada tetamu jemputan. Program ini tamat pada jam 12.00 tengahari dan Encik Farhan berharap program ini dijadikan batu loncatan untuk program seumpama lain yang akan diadakan selepas ini.