Majlis penyampaian sumbangan ibu tunggal bersama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI)

Majlis penyampaian sumbangan ibu tunggal bersama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) telah berlangsung pada 4 Ogos 2019 bertempat di Kompleks Penghulu Bt 14 Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Y.B Edry Faizal Bin Eddy Yusof (ADUN Dusun Tua). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 30 orang. Program ini bertujuan untuk menjaga kebajikan wanita, terutamanya ibu tunggal dan usia emas.