Program Bacaan Yasin dan Tahlil

Program Bacaan Yasin dan Tahlil

Ahli Majlis Zon 14 bersama Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor dan Pertubuhan Dedikasi Wanita Ideal

Satu program iaitu Program Bacaan Yasin dan Tahlil telah dilaksanakan pada 31 Mac 2022 bermula dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam yang bertempat di Pejabat Ahli Majlis Zon 14.

Program yang diadakan secara fizikal ini telah melibatkan peserta di kalangan wanita-wanita daripada MPP Zon 14. Bacaan Yasin ini telah dibimbing oleh Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor yang dijemput bagi menjayakan program bacaan Yaasin dan Tahlil serta memberi peluang kepada tetamu jemputan untuk mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan. Setelah selesai bacaan Yasin, diteruskan pula dengan bacaan tahlil. Setelah selesainya program, pemberian cenderamata kepada Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor dan juga peserta telah disampaikan. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membuka tirai sempena akan datangnya bulan Ramadhan beberapa hari sahaja lagi dan bagi mengingati buat mereka yang telah tiada bersama kami.